Wednesday, 10 August 2016
Rawatan Islam Baitus Syifa': Pusat Rawatan Islam BaitusSyifa' : JOHOR (KULAI)
Rawatan Islam Baitus Syifa': Pusat Rawatan Islam BaitusSyifa' : JOHOR (KULAI): Kami menyediakan perkhidmatan untuk rawatan masalah gangguan jin, sihir, saka, ilmu hitam, santau serta perkhidmatan bekam sunnah. Sila bua...
Monday, 14 October 2013
Apa itu Bekam ?
Mukaddimah
Sabda baginda nabi Muhammad SAW, "Sesungguhnya Allah
SWT telah menurunkan penyakit dan ubat, dan menjadikan untuk kamu bahawa setiap
penyakit ada ubatnya".
Sabda baginda nabi Muhammad SAW, "Pada malam aku
diisrakkan, aku tidak melewati sekumpulan malaikat melainkan mereka berkata,
"Wahai Muhammad, suruhlah umatmu melakukan hijamah/Bekam".
(Sunan Ibnu Majah & Sunan Abi Daud)
Bekam (Al Hijamah)
Bekam adalah satu cara pengubatan yang disukai dan
digalakkan oleh Rasulullah SAW untuk ummat Islam. Tujuan bekam adalah untuk
mengeluarkan darah yang mengandungi toksid (racun) yang merbahaya dari badan
melalui permukaan kulit. Inilah satu cara 'detoksifikasi' yang sesuai dan
selamat bagi ummat Islam.
Sabda Rasulullah SAW ;
"Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah
SWT"
"Sebaik-baik pengubatan bagi kalian ialah hijamah
(berbekam)"( "Riwayat Ahamd dan Tabrani dari Samurah r.a.)
Di dalam Shahih Bukhari, dari Sa'id bin Jubair RA, dari Ibnu
'Abbas RA, dari Nabi SAW, baginda bersabda; "Kesembuhan ada tiga perkara;
minum madu, berbekam dan bakaran api (Al- Khayy). Tetapi aku melarang umatku
melakukan pembakaran dengan api".
Kebaikan Berbekam
-Membantu menghilangkan pening dan migrain.
-Membantu membuang angin dalam badan,melegakan pernafasan dan
sistem perkumuhan.
-Membantu memecahkan lemak, peluh dan melegakan
demam,Membantu memulihkan ketegangan urat leher,belikat, pinggang dan urat
sendi di kaki,
-Membantu mencegah kebas kaki dan membantu meredakan serangan angin ahmar.
-Mengeluarkan darah toksik dan melancarkan peredaran darah yang tersumbat
-Membantu meringankan tubuh. Darah kotor yang terkumpul di bawah permukaan kulit menyebabkan
rasa berat dan malas.
-Membantu menajamkan penglihatan. Peredaran darah ke mata
yang tersumbat menyebabkan penglihatan kabur
-Membuang darah bertoksik.
-Membuang segala gangguan makhluk halus.
Penyakit yang boleh di ubati dengan Bekam :
Migrain, Sakit Pada Kepala,Sinusitis/Alergic,Masalah Pada
Mata,Kolestrol Tinggi,Masalah Angin,Masalah Sakit Gigi,Masalah Asthma/lelah dan
paru paru,Batuk,Hati/Liver/Hepatitis,Pundi Hempedu,Pankreas/Diabetis, Masalah
Sakit Pinggang,Masalah Lengoh Paha/Betis,Buasir,Masalah Kaki Kebas,Sakit
Tumit,Masalah Sakit Jantung,Masalah senggugut/Haid, Lenguh Pada
Bahu,Betis,Batukarang,Sembelit,Sakit lutut, Sakit Kepala/Jerawat Banyak,Lemah
Tenaga Batin,Stroke, Masalah Buah Pinggang,SIHIR dan lain lain masalah penyakit.
Monday, 25 February 2013
Mengapa Harus Berbekam?
Selepas 3 bulan, sel
darah merah di dalam tubuh kita akan mati. Ia mengandungi lebihan asid urik,
urea, toksin dan sel darah merah yang rosak.
Sel darah kotor ini
akan berkumpul di lapisan bawah kulit sebelum dikumuhkan.
Sel darah ini akan
digantikan dengan sel darah merah yang baru. Darah yang baru mengandungi
oksigen dan nutrien yang diperlukan oleh sel tubuh.
Sel darah yang rosak
(darah kotor) yang gagal dikumuhkan dan masih hadir dalam sistem aliran darah
menyebabkan faktor utama yang mengakibatkan :
Kapilari tersekat dan
tersumbat, kesannya akan menganggu pelbagai sistem badan dan menyebabkan
kegagalan sistem limfa, ginjal dan hati tidak berfungsi dengan sempurna yang
akhirnya akan menyebabkan pelbagai penyakit kronik.
Gejala awal yang dapat
dirasai oleh tubuh badan ialah badan terasa lesu, letih, kebas kaki dan tangan,
pening, cepat marah, cepat bosan, murung, mudah mengantuk dan mudah pitam.
"Dengan ringkasan
diatas, dapatlah disimpulkan KEHARUSAN berbekam kepada kita yang mana :
Ia dapat mencegah tubuh
badan kita daripada menjurus kepada penyakit-penyakit yang lebih kronik seperti
diabetes (kencing manis), darah tinggi, migrain dan sebagainya."
Adalah menjadi
tanggungjawab kepada kita untuk memastikan tubuh badan kita sentiasa sihat wal
afiat dengan cara berusaha mencegah dan berdoa kepada Allah agar diberikan
kesihatan supaya mudah beribadat kepadanya. Insya'Allah
PS : *(Kaedah bekam
moden yang selamat, tiada kesan sampingan, tiada kesan luka, tidak berparut, hampir
tiada kesakitan dan sangat berkesan.)*
Sunday, 24 February 2013
Hari Terbaik Untuk Berbekam
Hari ke 17, 19 dan 21 setiap bulan Hijrah adalah hari terbaik
untuk berbekam.
Hari yang dinyatakan diatas adalah di antara hari yang terbaik
untuk berbekam dan disarankan oleh Nabi Muhammad saw di dalam hadisnya.Dari
'Abdullah bin Mas'ud, Rasulullah saw bersabda:
"Sesungguhnya sebaik-baik bekam yang dilakukan adalah hari
ke 17, 19 dan pada hari ke 21" .......(Shahih Sunan at-Tirmizi)
Dari Abu Hurairah r.a. Rasulullah saw bersabda:
"Barangsiapa berbekam pada hari ke 17 dan 19 serta 21, maka
dia akan mendapat kesembuhan dari segala macam penyakit"
...........(Riwayat Abu Dawud dalam Shahih Sunan Abi Dawud).
Walaupun begitu , selain dari tarikh ini pun...tidak ada masalah
kecuali elakkan berbekam pada hari RABU kerana hari itulah diturunkan penyakit
KUSTA di dunia ini.
Sebaiknya berbekam dilakukan pada pertengahan bulan, kerana darah
kotor berhimpun dan lebih terangsang (darah sedang pada puncak gejolak). Anas
bin Malik r.a. menceritakan bahawa: “Rasulullah SAW biasa melakukan hijamah
pada pelipis dan pundaknya. Ia melakukannya pada hari ke-17, ke-19 atau ke-21.”
(HR Ahmad).
Pemilihan waktu bekam adalah sebagai tindakan pencegahan untuk
menjaga kesihatan terhadap penyakit. Adapun untuk rawatan penyakit, maka harus
dilakukan bila-bila sahaja diperlukan. Dalam hal ini, Imam Ahmad melakukan
bekam pada hari apa saja ketika diperlukan.
Imam as-Suyuthi menukil pendapat Ibnu Umar, bahawa berbekam dalam
keadaan perut kosong itu adalah paling baik kerana dalam hal itu terdapat
kesembuhan. Maka disarankan bagi yang hendak berbekam untuk tidak memakan
makanan berat 2-3 jam sebelum berbekam.
Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa
berbekam pada hari ke-17, 19 dan 21 (tahun Hijriyah), maka ia akan sembuh dari
segala macam penyakit.” (HR Abu Dawud)
Dari Abdullah bin Mas’ud r.a., Rasulullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya sebaik-baik bekam yang kalian lakukan adalah hari ke-17, ke-19,
dan pada hari ke-21.” (HR at-Tirmidzi)
Dari Anas bin Malik r.a., dia bercerita: ”Rasulullah SAW biasa
berbekam di bahagian urat merih (jugular vein) dan punggung. Ia biasa berbekam
pada hari ke-17, ke-19, dan ke-21.” (HR Tirmidzi, Abu Dawud, Ibnu Majah, Ahmad,
sanad sahih)
Dari Ibnu Abbas r.a., beliau berkata: “Rasulullah SAW bersabda:
“Berbekamlah pada hari ke-17 dan ke-21, sehingga darah tidak akan mengalami
hipertensi yang dapat membunuh kalian.” (Kitab Kasyful Astaar ‘an Zawaa-idil
Bazar, karya al-Haitsami (III/388))
Ibnu Sina di dalam kitabnya ‘Al-Qaanun’ mengatakan:
“Diperintahkan untuk tidak berbekam di awal bulan kerana cairan-cairan tubuh
kurang aktif bergerak dan tidak normal, dan tidak di akhir bulan kerana mungkin
cairan-cairan tubuh mengalami pengurangan. Oleh kerana itu diperintahkan
melakukan bekam pada pertengahan bulan ketika cairan-cairan tubuh bergerak
lancar dan mencapai puncak penambahannya kerana bertambahnya cahaya di bulan.”
Pantang Larang Bekam
Mereka yang hendak berbekam dinasihatkan tidak
makan makanan berat dua jam sebelum berbekam dan lebih baik berpuasa sehari sebelum
temujanji bekam. ( Tidak Wajib tetapi Seelok-eloknya )
Anda juga dinasihatkan tidak boleh makan, mandi
dan tidur selepas menjalani rawatan bekam selama 2 jam.
Tidak semua orang boleh berbekam kerana
dikhuatiri boleh memudaratkan kesihatan. Mereka termasuk yang mempunyai masalah
tekanan darah rendah yang serius, pesakit kudis, wanita hamil 3 bulan pertama, orang
tua yang terlalu uzur, masalah kulit yang serius atau dalam keadaan sangat
letih, lapar dan kenyang.
Antara anggota bahagian tubuh yang tidak boleh
dibekam ialah mata, telinga, hidung, mulut, alat kelamin dan dubur.
Thursday, 24 January 2013
Hadis mengenai Bekam
Pada malam aku diisra'kan aku tidak melewati sekumpulan malaikat melainkan mereka berkata "Wahai Muhammad, suruhlah umatmu melakukan hijamah (bekam)" Ibnu Majah & Abi Daud.
Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat Allah. Riwayat Ahmad dan Tabrani.
Abu Naim dalam bukunya At Tibbun Nabawi menyebut sebuah hadis marfu', "hendaklah kamu berbekam di titik qamahduwah di bahagian tengkuk, kerana itu dapat menyembuhkan lima jenis penyakit diantaranya adalah lepra (kusta).
Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda, Sesiapa berbekam pada tanggal 17, 19 dan 21, maka itu akan menyembuhkan semua penyakit.
Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat Allah. Riwayat Ahmad dan Tabrani.
Abu Naim dalam bukunya At Tibbun Nabawi menyebut sebuah hadis marfu', "hendaklah kamu berbekam di titik qamahduwah di bahagian tengkuk, kerana itu dapat menyembuhkan lima jenis penyakit diantaranya adalah lepra (kusta).
Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda, Sesiapa berbekam pada tanggal 17, 19 dan 21, maka itu akan menyembuhkan semua penyakit.
Wednesday, 16 January 2013
Pusat Rawatan Islam BaitusSyifa' : JOHOR (KULAI)
Kami menyediakan perkhidmatan untuk rawatan masalah gangguan jin, sihir, saka, ilmu hitam, santau serta perkhidmatan bekam sunnah ke rumah anda.
Untuk rawatan atau pertanyaan sila hubungi :
Ustaz Salman Al-Hafiz (011 3770 9142)
Bagi rawatan bekam sunnah bayaran RM70/rawatan
Untuk rawatan atau pertanyaan sila hubungi :
Ustaz Salman Al-Hafiz (011 3770 9142)
Bagi rawatan bekam sunnah bayaran RM70/rawatan
Sunday, 13 January 2013
Merawat masalah gangguan jin menggunakan Ruqyah Syar'iyyah
Ruqyah secara bahasa adalah jampi-jampi atau mantera. Ruqyah
secara syar'i ( ruqyah syar'iyyah) adalah jampi-jampi atau mantera yang
dibacakan oleh seseorang untuk mengubati penyakit atau menghilangkan gangguan
jin atau sihir atau untuk perlindungan dan lain sebagainya, dengan hanya
menggunakan ayat-ayat al-Quran dan doa-doa yang bersumber dari hadits-hadits
Rasulullah S.A.W yang dapat difahami maknanya selama tidak mengandungi unsur
kesyirikan.
Nabi Muhammad S.A.W meruqyah dirinya sendiri tatkala mau
tidur dengan membaca surah al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Nas lalu beliau tiupkan
pada kedua telapak tangannya, kemudian beliau usapkan ke seluruh tubuh yang
terjangkau oleh kedua tangannya.
(HR.al-Bukhari)
Jabir Bin Abdillah r.a berkata "Seseorang di antara
kami disengat kalajengking, kemudian Jabir berkata, "Wahai Rasulullah
apakah saya boleh meruqyahnya? Maka baginda bersabda, "Barangsiapa di
antara kalian yang sanggup memberikan manfaat kepada saudaranya, maka
lakukanlah."
(HR.Muslim)
(HR.Muslim