Posts

Showing posts from 2013

Apa itu Bekam ?

Mukaddimah Sabda baginda nabi Muhammad SAW, "Sesungguhnya Allah SWT telah menurunkan penyakit dan ubat, dan menjadikan untuk kamu bahawa setiap penyakit ada ubatnya". Sabda baginda nabi Muhammad SAW, "Pada malam aku diisrakkan, aku tidak melewati sekumpulan malaikat melainkan mereka berkata, "Wahai Muhammad, suruhlah umatmu melakukan hijamah/Bekam". (Sunan Ibnu Majah & Sunan Abi Daud) Bekam (Al Hijamah) Bekam adalah satu cara pengubatan yang disukai dan digalakkan oleh Rasulullah SAW untuk ummat Islam. Tujuan bekam adalah untuk mengeluarkan darah yang mengandungi toksid (racun) yang merbahaya dari badan melalui permukaan kulit. Inilah satu cara 'detoksifikasi' yang sesuai dan selamat bagi ummat Islam. Sabda Rasulullah SAW ; "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" "Sebaik-baik pengubatan bagi kalian ialah hijamah (berbekam)"( "Riwayat Ahamd dan Tabrani dari Samurah r.a.)

Mengapa Harus Berbekam?

Selepas 3 bulan, sel darah merah di dalam tubuh kita akan mati. Ia mengandungi lebihan asid urik, urea, toksin dan sel darah merah yang rosak. Sel darah kotor ini akan berkumpul di lapisan bawah kulit sebelum dikumuhkan. Sel darah ini akan digantikan dengan sel darah merah yang baru. Darah yang baru mengandungi oksigen dan nutrien yang diperlukan oleh sel tubuh. Sel darah yang rosak (darah kotor) yang gagal dikumuhkan dan masih hadir dalam sistem aliran darah menyebabkan faktor utama yang mengakibatkan : Kapilari tersekat dan tersumbat, kesannya akan menganggu pelbagai sistem badan dan menyebabkan kegagalan sistem limfa, ginjal dan hati tidak berfungsi dengan sempurna yang akhirnya akan menyebabkan pelbagai penyakit kronik. Gejala awal yang dapat dirasai oleh tubuh badan ialah badan terasa lesu, letih, kebas kaki dan tangan, pening, cepat marah, cepat bosan, murung, mudah mengantuk dan mudah pitam. "Dengan ringkasan diatas, dapatlah disimpulkan KEHARUSAN berbeka

Hari Terbaik Untuk Berbekam

Hari ke 17, 19 dan 21 setiap bulan Hijrah adalah hari terbaik untuk berbekam. Hari yang dinyatakan diatas adalah di antara hari yang terbaik untuk berbekam dan disarankan oleh Nabi Muhammad saw di dalam hadisnya.Dari 'Abdullah bin Mas'ud, Rasulullah saw bersabda: "Sesungguhnya sebaik-baik bekam yang dilakukan adalah hari ke 17, 19 dan pada hari ke 21" .......(Shahih Sunan at-Tirmizi) Dari Abu Hurairah r.a. Rasulullah saw bersabda: "Barangsiapa berbekam pada hari ke 17 dan 19 serta 21, maka dia akan mendapat kesembuhan dari segala macam penyakit" ...........(Riwayat Abu Dawud dalam Shahih Sunan Abi Dawud). Walaupun begitu , selain dari tarikh ini pun...tidak ada masalah kecuali elakkan berbekam pada hari RABU kerana hari itulah diturunkan penyakit KUSTA di dunia ini. Sebaiknya berbekam dilakukan pada pertengahan bulan, kerana darah kotor berhimpun dan lebih terangsang (darah sedang pada puncak gejolak). Anas bin Malik r.a. menceritaka

Pantang Larang Bekam

Mereka yang hendak berbekam dinasihatkan tidak makan makanan berat dua jam sebelum berbekam dan lebih baik berpuasa sehari sebelum temujanji bekam. ( Tidak Wajib tetapi Seelok-eloknya ) Anda juga dinasihatkan tidak boleh makan, mandi dan tidur selepas menjalani rawatan bekam selama 2 jam. Tidak semua orang boleh berbekam kerana dikhuatiri boleh memudaratkan kesihatan. Mereka termasuk yang mempunyai masalah tekanan darah rendah yang serius, pesakit kudis, wanita hamil 3 bulan pertama, orang tua yang terlalu uzur, masalah kulit yang serius atau dalam keadaan sangat letih, lapar dan kenyang. Antara anggota bahagian tubuh yang tidak boleh dibekam ialah mata, telinga, hidung, mulut, alat kelamin dan dubur.

Hadis mengenai Bekam

Pada malam aku diisra'kan aku tidak melewati sekumpulan malaikat melainkan mereka berkata "Wahai Muhammad, suruhlah umatmu melakukan hijamah (bekam)" Ibnu Majah & Abi Daud. Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat Allah. Riwayat Ahmad dan Tabrani. Abu Naim dalam bukunya At Tibbun Nabawi menyebut sebuah hadis marfu', "hendaklah kamu berbekam di titik qamahduwah di bahagian tengkuk, kerana itu dapat menyembuhkan lima jenis penyakit diantaranya adalah lepra (kusta). Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda, Sesiapa berbekam pada tanggal 17, 19 dan 21, maka itu akan menyembuhkan semua penyakit.

Fakta Ilmiah Bekam/Hijamah

Image

Pusat Rawatan Islam BaitusSyifa' : JOHOR (KULAI)

Kami menyediakan perkhidmatan untuk rawatan masalah gangguan jin, sihir, saka, ilmu hitam, santau serta perkhidmatan bekam sunnah ke rumah anda. Untuk rawatan atau pertanyaan sila hubungi : Ustaz Salman Al-Hafiz (01111930857) atau terus klik link ini= http://www.wasap.my/+601111930857 Bagi rawatan bekam sunnah bayaran RM70/rawatan

Pusat Rawatan Islam BaitusSyifa' : JOHOR (KULAI)

Kami menyediakan perkhidmatan untuk rawatan masalah gangguan jin, sihir, saka, ilmu hitam, santau serta perkhidmatan bekam sunnah ke rumah anda. Untuk rawatan atau pertanyaan sila hubungi : Ustaz Salman Al-Hafiz (011 11930857) Klik link untuk whatsapp = http://www.wasap.my/+601111930857 Bagi rawatan bekam sunnah bayaran RM70/rawatan

Merawat masalah gangguan jin menggunakan Ruqyah Syar'iyyah

Ruqyah secara bahasa adalah jampi-jampi atau mantera. Ruqyah secara syar'i ( ruqyah syar'iyyah) adalah jampi-jampi atau mantera yang dibacakan oleh seseorang untuk mengubati penyakit atau menghilangkan gangguan jin atau sihir atau untuk perlindungan dan lain sebagainya, dengan hanya menggunakan ayat-ayat al-Quran dan doa-doa yang bersumber dari hadits-hadits Rasulullah S.A.W yang dapat difahami maknanya selama tidak mengandungi unsur kesyirikan. Nabi Muhammad S.A.W meruqyah dirinya sendiri tatkala mau tidur dengan membaca surah al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Nas lalu beliau tiupkan pada kedua telapak tangannya, kemudian beliau usapkan ke seluruh tubuh yang terjangkau oleh kedua tangannya.                                                                 (HR.al-Bukhari) Jabir Bin Abdillah r.a berkata "Seseorang di antara kami disengat kalajengking, kemudian Jabir berkata, "Wahai Rasulullah apakah saya boleh meruqyahnya? Maka baginda bersabda, "Barangsiapa di a