Posts

Showing posts from February, 2013

Mengapa Harus Berbekam?

Selepas 3 bulan, sel darah merah di dalam tubuh kita akan mati. Ia mengandungi lebihan asid urik, urea, toksin dan sel darah merah yang rosak. Sel darah kotor ini akan berkumpul di lapisan bawah kulit sebelum dikumuhkan. Sel darah ini akan digantikan dengan sel darah merah yang baru. Darah yang baru mengandungi oksigen dan nutrien yang diperlukan oleh sel tubuh. Sel darah yang rosak (darah kotor) yang gagal dikumuhkan dan masih hadir dalam sistem aliran darah menyebabkan faktor utama yang mengakibatkan : Kapilari tersekat dan tersumbat, kesannya akan menganggu pelbagai sistem badan dan menyebabkan kegagalan sistem limfa, ginjal dan hati tidak berfungsi dengan sempurna yang akhirnya akan menyebabkan pelbagai penyakit kronik. Gejala awal yang dapat dirasai oleh tubuh badan ialah badan terasa lesu, letih, kebas kaki dan tangan, pening, cepat marah, cepat bosan, murung, mudah mengantuk dan mudah pitam. "Dengan ringkasan diatas, dapatlah disimpulkan KEHARUSAN berbeka

Hari Terbaik Untuk Berbekam

Hari ke 17, 19 dan 21 setiap bulan Hijrah adalah hari terbaik untuk berbekam. Hari yang dinyatakan diatas adalah di antara hari yang terbaik untuk berbekam dan disarankan oleh Nabi Muhammad saw di dalam hadisnya.Dari 'Abdullah bin Mas'ud, Rasulullah saw bersabda: "Sesungguhnya sebaik-baik bekam yang dilakukan adalah hari ke 17, 19 dan pada hari ke 21" .......(Shahih Sunan at-Tirmizi) Dari Abu Hurairah r.a. Rasulullah saw bersabda: "Barangsiapa berbekam pada hari ke 17 dan 19 serta 21, maka dia akan mendapat kesembuhan dari segala macam penyakit" ...........(Riwayat Abu Dawud dalam Shahih Sunan Abi Dawud). Walaupun begitu , selain dari tarikh ini pun...tidak ada masalah kecuali elakkan berbekam pada hari RABU kerana hari itulah diturunkan penyakit KUSTA di dunia ini. Sebaiknya berbekam dilakukan pada pertengahan bulan, kerana darah kotor berhimpun dan lebih terangsang (darah sedang pada puncak gejolak). Anas bin Malik r.a. menceritaka

Pantang Larang Bekam

Mereka yang hendak berbekam dinasihatkan tidak makan makanan berat dua jam sebelum berbekam dan lebih baik berpuasa sehari sebelum temujanji bekam. ( Tidak Wajib tetapi Seelok-eloknya ) Anda juga dinasihatkan tidak boleh makan, mandi dan tidur selepas menjalani rawatan bekam selama 2 jam. Tidak semua orang boleh berbekam kerana dikhuatiri boleh memudaratkan kesihatan. Mereka termasuk yang mempunyai masalah tekanan darah rendah yang serius, pesakit kudis, wanita hamil 3 bulan pertama, orang tua yang terlalu uzur, masalah kulit yang serius atau dalam keadaan sangat letih, lapar dan kenyang. Antara anggota bahagian tubuh yang tidak boleh dibekam ialah mata, telinga, hidung, mulut, alat kelamin dan dubur.