Hari Terbaik Untuk Berbekam
Hari ke 17, 19 dan 21 setiap bulan Hijrah adalah hari terbaik
untuk berbekam.
Hari yang dinyatakan diatas adalah di antara hari yang terbaik
untuk berbekam dan disarankan oleh Nabi Muhammad saw di dalam hadisnya.Dari
'Abdullah bin Mas'ud, Rasulullah saw bersabda:
"Sesungguhnya sebaik-baik bekam yang dilakukan adalah hari
ke 17, 19 dan pada hari ke 21" .......(Shahih Sunan at-Tirmizi)
Dari Abu Hurairah r.a. Rasulullah saw bersabda:
"Barangsiapa berbekam pada hari ke 17 dan 19 serta 21, maka
dia akan mendapat kesembuhan dari segala macam penyakit"
...........(Riwayat Abu Dawud dalam Shahih Sunan Abi Dawud).
Walaupun begitu , selain dari tarikh ini pun...tidak ada masalah
kecuali elakkan berbekam pada hari RABU kerana hari itulah diturunkan penyakit
KUSTA di dunia ini.
Sebaiknya berbekam dilakukan pada pertengahan bulan, kerana darah
kotor berhimpun dan lebih terangsang (darah sedang pada puncak gejolak). Anas
bin Malik r.a. menceritakan bahawa: “Rasulullah SAW biasa melakukan hijamah
pada pelipis dan pundaknya. Ia melakukannya pada hari ke-17, ke-19 atau ke-21.”
(HR Ahmad).
Pemilihan waktu bekam adalah sebagai tindakan pencegahan untuk
menjaga kesihatan terhadap penyakit. Adapun untuk rawatan penyakit, maka harus
dilakukan bila-bila sahaja diperlukan. Dalam hal ini, Imam Ahmad melakukan
bekam pada hari apa saja ketika diperlukan.
Imam as-Suyuthi menukil pendapat Ibnu Umar, bahawa berbekam dalam
keadaan perut kosong itu adalah paling baik kerana dalam hal itu terdapat
kesembuhan. Maka disarankan bagi yang hendak berbekam untuk tidak memakan
makanan berat 2-3 jam sebelum berbekam.
Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa
berbekam pada hari ke-17, 19 dan 21 (tahun Hijriyah), maka ia akan sembuh dari
segala macam penyakit.” (HR Abu Dawud)
Dari Abdullah bin Mas’ud r.a., Rasulullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya sebaik-baik bekam yang kalian lakukan adalah hari ke-17, ke-19,
dan pada hari ke-21.” (HR at-Tirmidzi)
Dari Anas bin Malik r.a., dia bercerita: ”Rasulullah SAW biasa
berbekam di bahagian urat merih (jugular vein) dan punggung. Ia biasa berbekam
pada hari ke-17, ke-19, dan ke-21.” (HR Tirmidzi, Abu Dawud, Ibnu Majah, Ahmad,
sanad sahih)
Dari Ibnu Abbas r.a., beliau berkata: “Rasulullah SAW bersabda:
“Berbekamlah pada hari ke-17 dan ke-21, sehingga darah tidak akan mengalami
hipertensi yang dapat membunuh kalian.” (Kitab Kasyful Astaar ‘an Zawaa-idil
Bazar, karya al-Haitsami (III/388))
Ibnu Sina di dalam kitabnya ‘Al-Qaanun’ mengatakan:
“Diperintahkan untuk tidak berbekam di awal bulan kerana cairan-cairan tubuh
kurang aktif bergerak dan tidak normal, dan tidak di akhir bulan kerana mungkin
cairan-cairan tubuh mengalami pengurangan. Oleh kerana itu diperintahkan
melakukan bekam pada pertengahan bulan ketika cairan-cairan tubuh bergerak
lancar dan mencapai puncak penambahannya kerana bertambahnya cahaya di bulan.”
Comments
Post a Comment