Mengapa Harus Berbekam?
Selepas 3 bulan, sel
darah merah di dalam tubuh kita akan mati. Ia mengandungi lebihan asid urik,
urea, toksin dan sel darah merah yang rosak.
Sel darah kotor ini
akan berkumpul di lapisan bawah kulit sebelum dikumuhkan.
Sel darah ini akan
digantikan dengan sel darah merah yang baru. Darah yang baru mengandungi
oksigen dan nutrien yang diperlukan oleh sel tubuh.
Sel darah yang rosak
(darah kotor) yang gagal dikumuhkan dan masih hadir dalam sistem aliran darah
menyebabkan faktor utama yang mengakibatkan :
Kapilari tersekat dan
tersumbat, kesannya akan menganggu pelbagai sistem badan dan menyebabkan
kegagalan sistem limfa, ginjal dan hati tidak berfungsi dengan sempurna yang
akhirnya akan menyebabkan pelbagai penyakit kronik.
Gejala awal yang dapat
dirasai oleh tubuh badan ialah badan terasa lesu, letih, kebas kaki dan tangan,
pening, cepat marah, cepat bosan, murung, mudah mengantuk dan mudah pitam.
"Dengan ringkasan
diatas, dapatlah disimpulkan KEHARUSAN berbekam kepada kita yang mana :
Ia dapat mencegah tubuh
badan kita daripada menjurus kepada penyakit-penyakit yang lebih kronik seperti
diabetes (kencing manis), darah tinggi, migrain dan sebagainya."
Adalah menjadi
tanggungjawab kepada kita untuk memastikan tubuh badan kita sentiasa sihat wal
afiat dengan cara berusaha mencegah dan berdoa kepada Allah agar diberikan
kesihatan supaya mudah beribadat kepadanya. Insya'Allah
PS : *(Kaedah bekam
moden yang selamat, tiada kesan sampingan, tiada kesan luka, tidak berparut, hampir
tiada kesakitan dan sangat berkesan.)*
Comments
Post a Comment